Want your
own Fotopage?







 
Sue Anna Joe

By: Anna Joe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 15-Jun-2007 02:25 Email | Share | Bookmark
Umrah & Ziarah

Bukit Uhud
Bukit Uhud
Masjid Nabawi
Masjid Nabawi
Masjid Nabawi
Jabal Rahmah di Arafah
hmmm
hmmm
hmmm
Penunggang Unta di Jabal Rahmah
Penunggang Unta di Jabal Rahmah
Area kat bawah Jabal Rahmah
Vrooom.
View of Arab from above
View of Arab from above
View of Arab from above
View Jabal Rahmah dari bawah
Assalamualaikum and halo eberibadi.

So, as promised. Here are the Umrah pictures. Anna pergi, ngan Mak & Ayah Anna. Tak brapa banyaklah amik, segan seh. If it was a vacation bolehla snap banyak2. Huhu. Most of the pics, shoot masa di Madinah, kat Mekkah tak banyak. Umrah sangat best. I want to go again and again and again. Insya-Allah bila dah kahwin ngan Pitt, bolehlah pi sama-sama, maybe with his parents ke. Woo. Best tu. Alhamdulillah semua berjalan lancar and dapat menunaikan Umrah.

By the way gambar banyak automatically di-resizekan oleh fotopages, so kalau nak yang besar sket, go to my blog at http://bududanbelacan.blogspot.com and click on the images for larger view.

--------------------

Ni di Bukit Uhud (tempat terjadinya Perang Uhud). Macam2 ada jual kat sini, tamarlah, telekung lah, tasbih lah, toys pon ada, suma t. Hehe. And kat bukit tu Jemaah Iran naik and berdoa. Kita Malaysians takda, lain caranya. Yeah.





--------------------

Masjid Nabawi. Di dalam sinilah terletaknya Rhaudah dan Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Dalam masjid perempuan di larang sama sekali bawak kamera. Kamera phone tak boleh. So kalau bawak tu, takleh masuk, diorang check. Very strict.

Ramai orang di dalam, and agak kena rush la jugak. Tak brapa boleh nak lenggang-lenggang cause semua tunggu giliran masing2 di Raudhah. Raudhah itu ialah satu kawasan dalam Masjid Nabawi di antara mimbar dengan maqam Rasulullah, Abu Bakar dan Umar. Seperti dalam hadis, rumah ini diibaratkan sebagai satu taman daripada syurga dan tempat yang amat mustajab doa, so memang agak berebut2rebut para jemaah, plus, Arabs plak badan besar sket, so menghimpit-himpit. So kita harus banyak bersabar, dugaan. Hehe. Ada ladies yang kawal keadaan, perkataan yang selalu dengar dari mulut diorang "Hajjah (which means us jemaah, diorang panggil kita la kiranyak)" "sabar, sabar (ramai yang tak sabar, haha)", "khalas (masa dah taim, nak suruh kita chaw dan bagi gilirin orang lain plak)". He he he.

Then makam Rasulullah S.A.W, dah ditutup ngan pagar and Al-Quran banyak2 atas rak. Dulu Mak Anna kata, ada lubang2 and boleh nampak kat dalam, rumah Rasulullah S.A.W itu dijadikan makamnya, sebab permintaan Rasulullah S.A.W untuk ditanam di rumanhnya. And nampaklah kain yang tutup tu. Tapi skang dah memang tak nampak, rasanya untuk mengelakkan orang terlampau uhh 'fanatik'. Tutup tu pon dah ramai jugak yang sampai mengangis agak kuat. Yelah, Rasul kita, so pasti yang ada sukar hendak mengawal perasaan.







--------------------

Jabal Rahmah di Arafah. Kat sini tempat Adam bertemu Hawa tak silap. And kat sinilah kita berdoa untuk bertemu ngan jodoh kita, Anna of course berdoa agar berkahwin dengan Pitt, dan anna berdoa untuk rakan2 yang telah menyampaikan kiriman. Huhu. Then siap orang sign2, tulis nama lagi kat atas ni. Memula ingat tanak tulis, tapi ada orang pass marker, so tulislah jugak. Huuhuu.



View of Jabal Rahmah dari bawah.



--------------------

Okay, ni sedih sket. Banyak peminta sedekah, and mostly are young kids. From Afrika Anna rasalah, thing is tangan diorang ni kudung. Tak tahu cerita sebenar, but if I'm not mistaken kat Afrika diorang amalkan lagi 'potong tangan' cause ada perang apa tah, ataupun diorang keje kat diamond mines, where these kids could've curik sket bawak balik, kantoi and kenalah. Tahla, Allahu'alam. And yang lagi sedih, bebudak ni dah dijadikan macam sindiket, but again Anna tak 100% pasti. Apa apa pon, kita sedekahkanlah sedikit pon, sindiket tak sindiket, semua kerana Allah dan niat nak membantu mereka, insya-Allah.







--------------------

Di Jabal Rahmah ni banyak unta yang dihiasi dengan bunga-bungaan. Boleh tunggang naik sampai ke atas, tapi takut seh. Mak Anna paksa, tapi Anna takmo gak, cause dia macam terhoyang hayang, besar plak tu, skali unta tu terpleot sket, adeh.





--------------------

Yang ni kat area bawah, tu unta melepak. Hehe, semangat jek lelaki yang berjalan ni.



--------------------

Yeah, keta ni pon ada. Masa Anna sampai, ada sorang pompuan Malaysian kot, happy gila duk naik benda ni, laju plak tu. Need for speed. Anyways, ni mamat Arab, vroom vroooom.



--------------------

Gambar dari atas kapal terbang. Dah nak balik Malaysia dah. Ni still di Tanah Arab. Huhu, beautiful. Tapi memang gurun banyaklah.








--------------------

Okay, tu jek. Ada lagi, malas nak resize. Haha.

Masa kat Makkah takda gambar, tapi ada je yang ambil gambar Ka'bah, Anna segan sket, dan tak sempat pon. Pertama kali lihat Ka'bah terus melinang air mata, menangis teresak2, sangat sayu rasanya. And Alhamdulillah dengan bantuan Mutawif Anna dapat cium Hajar Aswad. Tapi memang terhimpit kejap, dan tercungap2, akhirnya berjaya, Alhamdulillah.

Shopping? Hahah semestinya, memula tu takda rasa pon nak shopping, so kat Madinah tak banyaklah, tapi masa dah selesai Umrah tu rasa tenang sket nak buat benda lain, so agak sakan la jugak. Haha, macam2 beli, perfume dalam botol kristal, kurma beli kat Madinah dia pasar kurma, kedai Indonesia, ramai Malaysians beli sana, then kasut 2 pasang, tudung banyak gilaaaaaa, then handbag beli 2, jam satu untuk Anna ngan Pitt, jangan memain Swatch tu, haha, tapi sana banyak ahh jam yang imitation and cantik jugak sbenornya, tapi saya tak mainlah imitation ni, ewah, then sejadah 3 helai, sejadah yang sulam2, sangat lawa. Pastu ada beg kecik2 comel gila. Then, tasbih, tasbih kayu Koka, cincin kayu Koka, dan sebagainyalah. Yang best, peniaga Arab kat sana 3 orang mamat Arab yang boleh tahan rupanya tanya Anna dah kawin ke belum. Haha. Anna cakap dah, or dah tunang camtulah. Gilalah. Ingat ke yang kurus keding macam Anna ni manalah nak berkenan. He he he. Sempat lagiek tu. Dahla diorang tanya depan Ayah Anna. Malu gila wehhh.

Orait, harap2 korang suka gambar2 ni. Dan Anna mana harap mana yang belum tu, dapat menunaikan Umrah suatu hari nanti, so kumpullah duit tu. Sebab tersangatlah best. Ni pun, Anna rindu sangat nak solat di Masjid Nabawi dan melihat Ka'bah. Insya-Allah akanku pergi lagi...








ku terasa insaf gila.
sayu pon ada.
nak gi umrah....
Fri 15-Jun-2007 08:39
Posted by:kak fynn fynnjamal82@gmail.com
beautiful pics. kasihan budak-budak yg tgn kudung..
hm, all we can do is say a prayer for them..
the Almighty knws better..

Fri 15-Jun-2007 10:36
Posted by:Aleya Ariana miracleston@gmail.com  - [Link]
Great set. Very human, very real. Contrasts of forgoten realities. Fri 15-Jun-2007 12:15
Posted by:Click clickando@mailme.dk  - [Link]
huuu nak pi jugak. hmm sedih tgk budak2 mintak sedekah tu. time aku pi egypt pon cam byk. blah2 iskandariah tu apa tah lagi. haiye. kalo betui la sindiket2 tu susah gak. haih kesian budak2 Fri 15-Jun-2007 13:33
Posted by:supernab nangfok@go.com  - [Link]
memang kalau first time jejak kaki kesana ramai yg pasti rasa syukur dan sayu..emmm x dpt nak digambarkan .... Fri 15-Jun-2007 16:27
Posted by:Andaman Adreen  - [Link]
sayu jerk tngk pic kt sana ,,,,teringin sangat nk p... Sun 17-Jun-2007 04:55
Posted by:anna  - [Link]
Alhamdulilah Anna dah selamat menunaikan Umrah.
Semoga mendapat Umrah yg mabrur.
Sun 17-Jun-2007 06:56
Posted by:Edoras  - [Link]
TARBAEK!!!

dan tahniah...alhamdulillah syukur ko slamat~
jom lepak....hahhaa~
Sun 17-Jun-2007 07:38
Posted by:art:tech
best!mantap! Mon 18-Jun-2007 03:25
Posted by:mukhrizlatif  - [Link]
hehehe...dasar fotografer...selalu tau moment yang pas untuk pengambilan gambar
top lah...umrah nya mabrur...
tinggal oleh-oleh nya dari negri padang pasir bawa apa nih ?
Mon 18-Jun-2007 03:57
Posted by:hery pesakitan@hotmail.com
alhamdulillah, Cik Anna dah selamat menunaikan umrah..best gambar. Tue 19-Jun-2007 07:21
Posted by:naja  - [Link]
sadis n terharu lihat pic tu..
Tue 19-Jun-2007 08:11
Posted by:mi-z mesin_psiko@yahoo.com
alhamdullilah. anna pegi umrah dah. sapex nak pegi juga!! Tue 19-Jun-2007 16:57
Posted by:sapexoxo  - [Link]
anna dah gi umrah, alhamdulillah... rase terharu tgk pics budak2 yang tangan kudung tu.. btw really luv ur artwork anna! Mon 25-Jun-2007 01:23
Posted by:khyranie insight_photography@yahoo.com  - [Link]
Would love to go there one day.. Wed 4-Jul-2007 15:30
Posted by:Nazra Z.  - [Link]
bestnye pengalaman Fri 13-Jul-2007 12:48
Posted by:taufiq @ eyecreation  - [Link]
wahh~~
sudah sampai ke sane..
tahniah...
semoge ape yg di hajatkan kat sane akan termakbul kelak..
aminn...
Sat 14-Jul-2007 09:42
Posted by:n.QauThaR  - [Link]
sungguh cantik gmbr! i can feel it!
kipidap sis
Sun 26-Aug-2007 02:49
Posted by:xjukie@BNS  - [Link]
subhanallah, lawanya pemandangan. bilalah saya nak sampai ke sana... Mon 10-Dec-2007 13:21
Posted by:o.d  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.